Thursday, January 21, 2016

Lagu Macam Sama (#3) Obses (Akim & The Majistret) vs Hysteria (Muse)

Sempena demam AJL ke - 30 yang bakal menjelang, mari kita sambung siri Lagu Macam Sama pula. Penulis terperasan sebuah lagu daripada band Malaysia, Akim & The Masjistret bertajuk Obses macam pernah dengar. Cuba anda dengar.


Bagaimana? Ada perasan macam lagu siapa? Kalau anda minat kepada band Muse terutamanya lagu-lagu mereka pada awal tahun 2000an. Tentu anda perasan muzik yang lebih kurang sama dengan lagu Muse bertajuk Hysteria. Cuba anda bandingkan.


Bagaimana? Adakah anda setuju dengan pendapat penulis? Malah komen di Youtube juga semacam bersetuju bahawa lagu Obses ini sangat dipengaruhi oleh Muse. Penulis melihat bahawa Akim & The Majistret antara kumpulan yang lebih kepada "band-centric," terutamanya dalam suasana muzik yang kurang genre rock yang popular. Dari sudut lirik pun semacam ada persamaan. Namun Akim lebih merujuk kepada obsesnya kepada seseorang namun Muse tidak pasti pula histeria kan apa. 

Lagu Akim ini baru sahaja dikeluarkan tahun lepasa manakalah lagu Muses adalah daripada album mereka Absolution pada tahun 2003. Penulis teringat lagi dengan lagu-lagu Muse yang popular sewaktu penulis bersekolah menengah, merekalah antara kumpulan hard rock yang paling popular pada waktu itu. Sekiranya Akim dan ahli bandnya lebih kurang umur penulis, pastilah mereka sangat terpengaruh. Namun lagu ini hampir sama, tak tahulah samada label Muse perasan ataupun tidak. Apapun Akim tercalon ke AJL 30 dengan lagu Potret dan ini sudah beberapa tahun beliau tercalon ke peringkat akhir. Beliau antara kumpulan rock yang berjaya masuk di samping Bunkface dan Faizal Tahir.

5 comments:

  1. mmg same sebijik.klo kebetulan xpe yp klo sengaje tiru jd....hmm paham2 je lah

    ReplyDelete
  2. mmg same sebijik.klo kebetulan xpe yp klo sengaje tiru jd....hmm paham2 je lah

    ReplyDelete
  3. kebanyakan lagu akim and the majistret memang bunyi macam muse, ada yg spesifik mcm sesetengah lagu, contohnya obses, tapi yg lain scr umum, biasa la, setiap artis akan ada inspirasinya tersendiri, tapi xde masalah pun kalau x copy scr keseluruhan, sekurang2 nya lagu akim mmg tak sama langsung dgn lagu melayu lain dlm radio, itu pun satu kelainan

    ReplyDelete
  4. Paling kantoi tahap dewa....bab bass dia.. sebijik..seketul...secalit terpalit...
    Tp beae la..artis...kalau tye betul ke x..nnt diorg jawab kebetulan ..

    ReplyDelete
  5. diorang tahu mungkin Muse takkan sedar, tetapi diorang lupa ramai org Malaysia layan Muse

    ReplyDelete