Sunday, September 15, 2013

Ulasan Filem Psiko : Pencuri Hati

Seperti biasa filem seperti begini kurang mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia. Genre hantu dan parodi-hantu lebih popular drpd mystery-thriller. Walaupun pada tahun 2013 ini secara generalnya filem Malaysia merudum kerana ledakan filem pd tahun 2012 hasil populariti Adnan Sempit, Hantu Kak Limah dan KL Gangster pada tahun 2010 n 2011. Mungkin kl gangster 2 yg mula ditayangkan pada bulan depan dapat memulihkan semula kutipan tiket filem Malaysia. Walaupun versi pirate sudah ada di website namun saya yakin peminat tegar kl gangster tetap akan berpusu2 memenuhi wayang menonton orang melayu bercakap macam cina bergaduh setiap 10 minit. Filem yang hendak diberi tumpuan adalah filem arahan Nam Ron bertajuk Psiko : Pencuri Hati. Tak pasti la aku kenapa bagi tajuk Psiko kat depan tu, malah tajuk Pencuri Hati macam lagu jiwang yg sekarang hangat diputarkan di radio. Namun ianya merujuk kepada pembunuh yang mencuri hati mangsanya, kemudian menjahit semula dan dibiarkan (tak pasti yang diambil hati aka 'liver' atau jantung). Dengan maklumat macam ni kita dah boleh teka siapa pembunuh dia. Ini yang membuatkan filem ini spoil. Perlu diingat, genre misteri seperti begini utk menjadikan penonton puas hati adalah dia punya revelation pada akhir filem. Siapa pembunuh, bagaimana dia membunuh, nasib setiap watak, semua perkara ini kita boleh teka sebelum berakhirnya 'the third act' atau penutup filem. Bagi peminat Kindaichi (atau penyiasat remaja di malaysia) ataupun detektif conan atau mana2 genre misteri spt novel Agatha Christie atau sherlock holmes, filem ini mudah dan membuatkan kita berfikir mungkin ada 'hidden messages' yg hendak disampaikan oleh karyawan filem. Babak ending itu mungkin boleh memberikan sedikit petua sebenarnya filem ini bukanlah nak memfokuskan tentang kes pembunuhan namun ianya berkaitan tentang trauma zaman silam seseorang yg mempengaruhi tindak tanduk kita sehingga dewasa. Perkara ini juga banyak diulang dalam komik kindaichi atau conan dimana setiap pembunuh atau orang jahat itu bukanlah jahat secara semulajadi namun oleh kerana pengalaman lepas atau dendam terhadap seseorang menyebabkan mereka bertindak seperti begitu. Genre misteri kini memang sukar kerana hampir setiap cerita adalah sama dan susah untuk membuat inovasi (sesiapa yang membaca komik kindaichi dan conan tahu masalah ini, setiap kes tak sehebat sewaktu zaman awal2 dulu). Malah ini juga kritikan yang dilemparkan ke atas watak utama (bront palarae) di mana sbg penulis misteri dia terpaksa melawat 'murder scene' untuk mencari idea baru disebabkan ceritanya mudah dijangka. Dari sudut lakonan, watak Man adalah yang paling menyerlah sekali walaupun kita boleh menjangka nasib watak ini. Filem ini memang punya pelakon yg sedikit, ada yang kata nak jimat kos tapi genre sebegini memang kebiasaanya wataknya sedikit dan kadang2 makin berkurang sekiranya seorang2 demi seorang dibunuh. Babak di resort hanya sorang yg dibunuh jadi tidaklah mengikut peraturan filem misteri sangat. Muzik latar belakang pun hampir menyamai muzik drama live action kindaichi dalam sesetengah babak. mungkin mereka juga peminat kindaichi? Filem ini boleh diperbaiki, malah mungkin akan ada sekuel di mana watak utama akan menyiasat tentang pembunuh lain dan tempat lain pula yang akan menjadi teater pembunuhan.

Thursday, September 5, 2013

Ulasan Filem Tanda Putera

Semua orang dah tahu kenapa filem ni ditangguh. Senang cerita lepas tengok filem ni memang ada hint yang ditunjukkan bahawa orang cina yang memulakan 13 Mei. Tapi diorang nak tunjukkan bahawa orang cina tu adalah elemen subversif radikal terutamanya komunis. Kiranya bukanlah kerana Melayu sama Cina gaduh. Betulkah begitu? Setahu saya apa yang kerajaan selalu jajakan adalah pergaduhan kaum. Jadi ini bermakna Tanda Putera sendiri tidaklah mengikut sangat 13 Mei versi kerajaan. Filem ini ada 2 watak utama iaitu Tun Razak dan Tun Dr Ismail. Dan bila nak bercerita tentang Tun Razak memang susah nak lari dari topik 13 Mei kerana sebab peristiwa itulah Tun Razak naik jadi PM. Sampai sekarang masih ada spekulasi bahawa 13 Mei adalah cubaan rampasan kuasa Tun Razak dan Young Turk dalam UMNO untuk menjatuhkan Tunku. Namun filem ini kurang fokus kepada Tunku walaupun mempunyai pelakon yang bagus. Malah kita ada rasa 'continuity' dari Hati Malaya 1957 kerana pelakon yang melakonkan Tunku adalah orang sama. Masalah tentang babak 13 Mei ni bukanlah sangat kerana babak kencing kat bendera atau sorakan "Melayu balik kampung". Hakikatnya mana-mana 'filmmaker' yang nak sentuh isu ini memang akan mendapat kritikan daripada sesetengah pihak. Kontroversi ini dah jadi macam teori konspirasi, seperti pembunuhan JFK dan pendaratan Apollo di Bulan. Babak subplot yang menunjukkan situasi masyarakat sewaktu krisis boleh kita faham pengarah nak letak babak tu sebab nak buat penonton 'relate' dengan filem. Tapi dibuat dengan dengan lemah dan membosankan, macam tengok dan drama Melayu dan very predictable. Sepatutnya pengarah fokus sahaja kpd tun razak, masalahnya filem ini tak boleh nak decide samada nak jadi filem sejarah atau drama keluarga. Amat menarik kalau mereka ceritakan tentang pertentangan idea antara Tun razak dan tun dr ismail. Tun razak lebih pro-melayu dan mahukan kerajaan yang kuat tetapi dr ismail mahukan parlimen bersidang semula. Kalau dapat macam tu memang menarik dan ianya reflect zaman sekarang punya perdebatan, ada yang melihat BN terlampau berkuasa dan perlu dikurangkan cengkamannya namun sekiranya PR naik memerintah ada juga yang melihat kerajaan akan menjadi lemah kerana terlampau mendengar pelbagai pihak sehingga sukar membuat keputusan. Malah ini juga kritikan puak2 pro-melayu ini kepada najib spt berunding dengan hindraf dan dong zong. Kembali kepada filem, babak sakit terlalu lama sehingga membuat kita rasa letih melihat tun razak bertarung dengan maut. Sekali lagi ini berkaitan dengan direction film, nak jadi macam drama melayu yang banyak org nangis2 atau jadi political drama yg banyak muslihat san strategi. Sepatutnya penonton nak menonton tokoh negara yang memberi inspirasi, kurangkan babak sakit, tunjukkan tun razak dan tun dr ismail punya ketegasan. Barulah orang respek, malah tindakan tun razak pergi melawat China adalah satu tindakan berani drpd pemimpin negara yg pada masa itu dianggap kecil. Perkara seperti begitu yg perlu diolah supaya menampakkan org malaysia berani bereksperimen dan tidak mengikut telunjuk barat sahaja. Akhir sekali, sebenarnya kita kena kesian dengan shuhaimi baba, beliau pengarah yang bagus, tapi filem beliau terlalu kelam kabut. Ini mungkin disebabkan terlampau banyak tangan yang mengganggu. Saya fikir beliau perlu terus buat filem sejarah dan agensi kerajaan sepatunya memberi kebebasan kreatuf kpd beliau, tak kisah lah walaupun pro-umno sekalipun filem itu namun dalam situasi filem melayu sekarang, mana-mana filem sejarah pun dah cukup mengujakan.