Johan sedang
memandu kereta hendak pulang ke rumahnya selepas menghadiri Himpunan 8 Mei di
Kelana Jaya untuk membantah penipuan semasa Pilihanraya ke-13 yang baharu
sahaja selesai. Pilihanraya tersebut dimenangi oleh Barisan Nasional dengan
perbezaan kerusi yang tipis. Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan
PKR kekal menguasai negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Tetapi
malangnya kehilangan negeri Kedah.
Johan mahu singgah
di stesen minyak untuk pergi ke tandas sebentar. Beliau memberhentikan kereta
berdekatan tandas dan masuk selama 5 minit. Selepas sahaja keluar, Johan
terkejut kerana tidak menemui kereta beliau. Johan mencari-cari di sekitar
stesen tersebut dan ternampak ada satu bilik gerakan di sebelah stesen minyak
itu. Mungkin orang di situ ternampak keretanya. Nampaknya bilik gerakan
tersebut masih ramai petugas parti walaupun pilihanraya dah berakhir.
Johan terkejut
apabila masuk ke dalam bilik gerakan tersebut. Johan melihat poster Mahathir
Mohamad ditampal di dinding-dinding. Johan juga hanya mengenali dua sahaja Bendera-bendera
yang berkibar di sekitar bilik gerakan tersebut iaitu bendera DAP dan PKR.
Namun Johan tidak mengenali 2 lagi bendera yang lain. Satu bendera berwarna
oren, dan satu lagi berwarna merah. Kemudian di atas bilik gerakan tersebut
terdapat sebuah banner besar dengan nama Pakatan Harapan.
Johan bertanya
dengan salah seorang petugas di situ.
Johan : Kenapa Bilik Gerakan di sini
masih ramai? Bukankah Pilihanraya sudah berakhir?
Petugas : Pilihanraya hanya beberapa minggu
lagi. Nah tuan, ambil flyer ini. Undilah
calon Pakatan
Harapan.
Johan : Pakatan
Harapan? Apa tu? Bukankah Pakatan Rakyat?
Petugas : Pakatan
Rakyat itu dulu. Sekarang kita dikenali sebagai Pakatan Harapan. Sama sahaja.
Cuma tiada PAS. Kita ganti dengan Amanah.
Johan : Kenapa
PAS tiada? Amanah ni datang dari mana?
Petugas: PAS
yang nak bertanding sendiri. Mereka tidak mahu bekerjasama dengan parti lain.
Tetapi ramai orang PAS yang keluar parti dan menyertai Amanah. Kami juga tidak
percaya dengan PAS kerana mereka membuat perjanjian dengan BN. Sebab itu jangan
undi diorang.
Johan : Apa
pula parti bendera warna merah ni? Nampak macam UMNO je.
Petugas : Itu parti Bersatu. Banyak bekas
orang UMNO masuk parti ni. Diorang dah serik
dengan Najib.
Johan : Kenapa
ada poster Mahathir belakang tu? Mana Anwar Ibrahim?
Petugas : Anwar Ibrahim sekarang di dalam
penjara. Tak boleh jadi Perdana Menteri. Oleh
itu, pilihan yang
kita ada hanyalah Mahathir.
Johan : Mana
pemimpin muda yang lain? Mahathir ni boleh percaya ke?
Petugas : Mahathir ni dah minta maaf. Jadi
boleh percaya. Pemimpin lain tiada pengalaman.
Mahathir pula
dah ada pengalaman selama 22 tahun. Rakyat kena bagi peluang
kedua kepada
Mahathir.
Johan : Tapi
bukankah kerana dia menjadi PM lama sangat yang menyebabkan Malaysia
jadi macam sekarang.
Kenapa tidak bagi peluang kedua kepada Najib?
Petugas : Najib lagi teruk daripada Mahathir.
Johan : Saya
sebelum ini mengundi Pakatan Rakyat. Tak kenal la Pakatan Harapan ni.
Petugas: Kalau abang tak mengundi Pakatan
Harapan, maksudnya abang ni menyokong
Barisan
Nasional.
Johan berasa
aneh kenapa petugas bilik gerakan ini menuduh dia macam itu pula. Johan terus
keluar dari bilik gerakan tersebut, menghala semula ke arah stesen minyak.
Mungkin dia terlepas pandang kereta beliau. Tetapi sebelumitu, dia mahu pergi ke
tandas semula. Selepas keluar dari tandas, beliau ternampak kembali kereta yang
beliau letakkan di hadapan stesen minyak. Johan masuk ke dalam kereta dan terus
menghala ke rumah. Dalam perjalanan pulang, beliau melihat poster dan billboard
dengan gambar Anwar Ibrahim. Nampaknya dunia kembali normal.
No comments:
Post a Comment