Bukan senang menulis novel sains fiksyen. Lebih susah lagi kalau dimasukkan elemen merentas masa. Dan ianya mungkin mustahil untuk menjadikan cerita itu menarik dan tersusun kalau dimasukkan pula elemen sejarah. Dan inilah antara elemen penting dalam novel Fadli Al-Akiti bertajuk Gugurnya Azazil. Penulis memang seorang peminat sains fiksyen dan sudah lama mencari salah satu novel Fadli. Penulis sering membaca blog beliau, Tontonfilem dan mempengaruhi penulis untuk menulis review filem dalam blog. Novel ini mudah dibaca dan tidak menggunakan perkataan yang susah. Fokusnya adalah kepada penceritaan, bukan teknik dan perkembangan karakter juga kurang kecuali watak utama seperti Azizul dan Rizal. Seperti yang disebut, novel ini adalah mengenai merentas masa. Ianya daripada zaman 3024, iaitu semasa manusia sudah menguasai sistem suria dan mengkoloni planet. Tetapi pada zaman itu, Bumi diancam oleh entiti semacam lohong hitam dipanggil Syams Merah, Lohong hitam ini menelan banyak bulan dan stesen angkasa dan membunuh billion manusia. Hasil daripada persetujuan umat manusia di Bumi, mereka menghantar Leftenan Azizul ke lohong hitam tersebut dengan harapan mencari titik kelemahan Syams Merah. Tetapi rupanya lohong itu membawa Azizul ke masa lalu. Beliau terdampar di Semenanjung Tanah Melayu dalam zaman yang tidak diketahui tetapi mungkin pada masa sebelum kedatangan Islam.
Kalau novel ini hanyalah berkisar dalam zaman yang tidak diketahui, mungkin mudah untuk diikuti, tetapi novel ini mengaitkan dengan Malaysia pada zaman kini. Penceritaan pada masa sekarang itulah dikaitkan dengan sejarah. Di mana terdapat elemen pencarian relik purba di sekitar Beruas, Perak. Bagi yang rajin membaca blog Srikandi Alter Terahsia Bangsa Melayu mungkin boleh faham beberapa isi penting. Tetapi hal tentang sejarah Melayu bukanlah plot penting dalam novel ini. Jalan cerita yang paling menarik adalah semasa Azizul berinteraksi dengan orang zaman dahulu. Walaupun tidak dipastikan adakah kaum yang ditemui Azizul ini orang Melayu atau orang asli. Sebab dalam zaman yang sama juga terdapay sebuah kota lain yang mempunyai peradaban yang maju. Namun orang-orang dari kota ini menindas orang-orang di kampung.
Secara jujur semasa membaca novel ini penulis sendiri tak pasti ke arah manakah plot jalan cerita akan berakhir sebab ianya berlangsung dalam 2 zaman yang berbeza. Namun jalan cerita mula berkembang apabila Azizul yang mengajarkan orang asli cara mempertahankan diri dengan menggunakan senjata moden, akhirnya sedar bahawa mereka telah menggunakan senjata canggih tersebut untuk menindas orang lain pula. Malah mereka menyembah pula Azizul dengan menganggap beliau dewa, walaupun telah mengajarkan mereka tentang agama Islam. Novel berakhir apabila kedua-dua zaman bertembung semasa Azizul yang kecewa dengan tindakan orang kampung dan merasakan bahawa beliau tidak sepatutnya berada di zaman tersebut cuba kembali ke masa depan tetapi akhirnya terhempas pada zaman sekarang. Manakala jalan cerita zaman sekarang pula berakhir apabila kumpulan penyelidik menemui teknologi canggih di tempat yang sepatutnya belum wujud lagi, sama seperti yang dibawa Azizul semasa merentas masa.
Pendapat terakhir penulis terhadap novel ini? Mungkin hanya mahu membaca novel sains fiksyen lain tulisan Fadli. Mungkin ada beberapa babak penting yang penulis terlepas pandang. Apapun novel ini patut dibaca kerana cuba meneroka isu apakah yang berlaku sekiranya kita merentas masa ke zaman dahulu? Bagaimanakah kesannya kepada perkembangan sejarah? Adakah ada perubahan kepada nasib sesebuah kaum? Memang mustahil mesin masa itu wujud, tetapi adakah kita memerlukan mesin masa untuk belajar tentang apa yang berlaku pada zaman dahulu atau terus belajar dan mengumpul pelbagai bukti dan artifak?

Salam Syazwan, terima kasih kerana mengulas dan merenung. Saya merendah diri dengan komentar saudara.
ReplyDeletemaaf kalau ulasan tidak menyeluruh, hanya menulis tentang perasaan semasa membaca sahaja
ReplyDelete