1. Ziauddin
Sardar bekerja di Hajj Research Center untuk mengkaji isu logistik semasa
melaksanakan ibadat Haji. Dia pernah cuba untuk menunaikan Haji dengan
menggunakan keldai supaya dapat merasai sendiri bagaimana orang dahulu
melakukan Haji. Adakah berjalan kaki bermakna lebih meningkatkan perasaan
spiritual berbanding pergi Haji dengan kenderaan. Mekah pada waktu Haji juga
sangat tercemar kerana ekzos kenderaan dan mereka mengkaji adakah dengan
berjalan kaki akan lebih membantu persekitaran hijau.
2. Hampir setiap
rumah orang Islam terdapat gambar Kaabah dan Masjidil Haram. Ianya sebagai niat
dan doa yang mereka akan pergi ke Mekah suatu hari nanti. Namun ada beza
membaca dan melihat gambar Kaabah dengan betul-betul menziarahi Mekah.
3. Sukar untuk
mengkaji sejarah Mekah dari sudut arkeologi kerana Arab Saudi sudah memusnahkan
semua landskap untuk projek pembesaran Masjidil Haram. Sejarah Mekah hanya
boleh diketahui melalui buku sejarah dan travelog pengembara. Sebagai contoh
dalam Bible, Book of Psalms dan buku Edward Gibbon menceritakan yang orang
Yunani sudah mengetahui kewujudan Kaabah. Mekah menjadi titik pertemuan
pedagang darat daripada Parsi dan juga pedagang laut daripada India dan Asia
Tenggara. Sebab itulah pekerjaan Nabi Muhammad adalah pedagang. Asal-usul Nabi
Ibrahim juga diperdebatkan, sama ada daripada Ur, berdekatan dengan Baghdad
moden atau Urfa di selatan Turki.
4. Mekah pada
zaman Nabi Muhammad hanya ada beberapa ribu orang sahaja. Kisah Nabi Muhammad
menerima wahyu tersebar dengan cepat. Ajaran Islam menyerupai Kristian dan
orang Quraysh pada waktu itu membenci Byzantine, oleh itu Islam menjadi musuh.
Allah bersumpah dengan nama Mekah sebagai ibu segala kota. Selepas Perjanjian
Hudaibiyah, suku kaum Quraysh sudah hilang musuh utama iaitu orang Islam dan
mula kembali berperang sesama sendiri. Konflik antara suku kaum menyebabkan
Nabi Muhammad membuat tindakan menakluk Mekah kerana berlaku pertempuran di sekitar
Kaabah, ini telah melanggar perjanjian. Selepas pembukaan Mekah, sejarah Islam
banyak tertumpu kepada Madinah dan melupakan Mekah.
5. Selepas
pembukaan, Madinah menjadi kota terkuat, bukan lagi Mekah. Ini memberi kesan
kepada ketua suku kaum Quraysh. Di Mekah, anda boleh berkuasa dengan keturunan,
tetapi di Madinah, seseorang dinilai dengan merit keimanan dan kekuatan
keilmuan Islam. Walaupun semua berhala sudah dimusnahkan, tetapi mentaliti
jahiliyyah masih ada dalam kalangan orang Mekah. Mekah terus diperintah oleh
ketua yang mempunyai kaitan dengan Quraysh sehinggalah 1517 apabila Turki
berkuasa. Semasa perang Siffin, Ali berpusat di Kufah (berdekatan dengan Parsi)
manakala Aisyah berpusat di Mekah. Pergelutan kuasa antara Muawiyah dan Ali adalah
kerana isu pembunuhan Uthman. Selain itu, Ali melantik ramai orang Madinah
sebagai penasihat. Ini mendatangkan kemarahan orang Islam yang berketurunan
Mekah. Saidina Ali juga membunuh ramai orang Khawarij dan ini menyebabkan
auroriti Ali semakin melemah. Semasa zaman Yazid, Mekah diserang untuk
menjatuhkan Abdullah ibn Zubair, anak kepada Asma Abu Bakar kerana tidak setuju
dengan pemerintahan Umayyah. Beliau dibunuh dan disalib. Ibn Zubair antara
orang terawal yang membesarkan Majidil Haram.
6. Setiap benda
yang datang dari Mekah dianggap sebagai barang suci, walaupun pada zaman moden
kemungkinan besar dibuat di China. Adakah kerana ianya datang daripada orang
Quraysh sendiri yang hendak menunjukkan Mekah lebih hebat daripada tempat lain?
Pada zaman Abbasiyah, setiap mazhab termasuk Syiah ada tempat tersendiri dalam
masjid. Pemberontakan Qarmatian berdekatan di Bahrain berlaku kerana menganggap
Abbasiyah menyeleweng daripada Islam. Qarmatian menyerang Mekah dan membawa
lari Hajarul Aswad. Mereka dilindungi oleh Fatimiyyah di Mesir. Kerajaan Fatimiyyah
juga pertama kali melantik Sharif Mekah bernama Jafar ibn Muhammad al-Hasani.
Pada waktu ini, khalifah di Baghdad sudah hilang kuasa, yang ada hanya nama.
Pada waktu ini, Naser-e-Khosraw (Tajikistan) melawat Mekah dan melihat Masjidil
Haram tidak terjaga.
7. Reynoaud de
Chatillon, seorang crusader yang pernah ditangkap dan dipenjarakan di Syria,
merancang untuk menyerang Mekah dan Madinah. Namun dikalahkan berdekatan dengan
Madinah oleh tentera Salahuddin al-Ayyubi. Pada waktu ini, Ibn Arabi melawat
Mekah dan menulis buku Meccan Revelations. Beliau merasakan orang Islam
tidak betul-betul memahami Haji dan fungsi Kaabah itu sendiri. Tetapi orang
Mekah tidak suka cara kesufian Ibn Arabi. Selepas Mongol masuk Islam, raja
Mamluk dan raja Mongol masing-masing berebut mahu namanya disebut dalam
khutbah. Ibn Battuta pernah melawat Mekah pada tahun 1327 dan pada waktu ini
Mekah aman dan kaya-raya.
8. Pada zaman Sultan
Selim I (1517), Turki menjadi pelindung kepada Mekah dan Madinah. Pada waktu
ini, Turki dan Mamluk di Mesir banyak bertembung dengan Portugis untuk
menguasai Laut Merah. Portugis mempunyai hasrat untuk menyerang Mekah. Portugis
sebenarnya mahukan emas daripada Afrika dan apabila tidak menjumpai emas,
mereka mula mencari jalan ke Timur. Portugis pernah menyerang Jeddah dan
menguasai Aden di Yemen. Sharif Mekah juga banyak bergantung kepada isteri
Sultan (Gulnus Sultan, 1648) untuk memperbaiki perkhidmatan di Mekah, seperti
sekolah, masjid, perpustakaan dan hospital. Mimar Sinan sendiri pernah membina
empat madrasah untuk setiap mazhab sebagai pusat pengajian. Hakikatnya jarang
ada Sultan Turki pergi mengerjakan Haji.
9. Keluarga Saud
yang memerintah Mekah sekarang tidak ada kaitan keturunan dengan semua Sharif
sebelum ini. Pada tahun 1950-an, Mekah dihuni oleh 200,000 orang sewaktu Haji.
Pada waktu ini, beberapa bangunan yang lebih tinggi daripada masjid mula dibina
walaupun dibantah oleh orang tempatan. Raja Faisal mahu menjadikan Mekah
sebagai pusat umat Islam pada tahun 1970-an dan menganjurkan persidangan yang
mengumpulkan semua tokoh-tokoh umat Islam. Perubahan yang cuba dilakukan Faisal
beliau apabila beliau dibunuh oleh sepupu sendiri yang ekstrem Wahhabi kerana
dianggap melakukan penyelewengan. Hajj Centre membuat kajian bahawa warisan
orang Hijaz akan dimusnahkan kalau projek pembangunan berterusan, tetapi
keluarga Saud yang berketurunan Najd mengabaikannya. Hajj Centre juga
mencadangkan cara yang terbaik untuk melakukan korban untuk mengelakkan
pencemaran dan mahu kenderaan dilarang masuk ke Mina.
10. Pada tahun
1979, Masjidil Haram ditawan oleh Utaibi yang mengaku sebagai Mahdi. Selepas
tentera Saudi sendiri gagal mengalahkan mereka, Arab Saudi meminta bantuan CIA.
CIA operatif diminta untuk masuk Islam secara ekspres sebelum dibenarkan masuk
ke Mekah. Iran pernah dilarang menunaikan Haji kerana ramai sangat Syiah di
Mekah dan ini menakutkan Arab Saudi. Pada tahun 1987, Syiah dilarang masuk ke
masjid dan ini menyebabkan protes sehingga ramai yang terbunuh. Sistem kuota
diperkenalkan pada tahun 1988 dan Iran diberi kuota terbesar iaitu 115,000
orang.
No comments:
Post a Comment