Sunday, September 15, 2013
Ulasan Filem Psiko : Pencuri Hati
Seperti biasa filem seperti begini kurang mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia. Genre hantu dan parodi-hantu lebih popular drpd mystery-thriller. Walaupun pada tahun 2013 ini secara generalnya filem Malaysia merudum kerana ledakan filem pd tahun 2012 hasil populariti Adnan Sempit, Hantu Kak Limah dan KL Gangster pada tahun 2010 n 2011. Mungkin kl gangster 2 yg mula ditayangkan pada bulan depan dapat memulihkan semula kutipan tiket filem Malaysia. Walaupun versi pirate sudah ada di website namun saya yakin peminat tegar kl gangster tetap akan berpusu2 memenuhi wayang menonton orang melayu bercakap macam cina bergaduh setiap 10 minit.
Filem yang hendak diberi tumpuan adalah filem arahan Nam Ron bertajuk Psiko : Pencuri Hati. Tak pasti la aku kenapa bagi tajuk Psiko kat depan tu, malah tajuk Pencuri Hati macam lagu jiwang yg sekarang hangat diputarkan di radio. Namun ianya merujuk kepada pembunuh yang mencuri hati mangsanya, kemudian menjahit semula dan dibiarkan (tak pasti yang diambil hati aka 'liver' atau jantung). Dengan maklumat macam ni kita dah boleh teka siapa pembunuh dia. Ini yang membuatkan filem ini spoil. Perlu diingat, genre misteri seperti begini utk menjadikan penonton puas hati adalah dia punya revelation pada akhir filem. Siapa pembunuh, bagaimana dia membunuh, nasib setiap watak, semua perkara ini kita boleh teka sebelum berakhirnya 'the third act' atau penutup filem.
Bagi peminat Kindaichi (atau penyiasat remaja di malaysia) ataupun detektif conan atau mana2 genre misteri spt novel Agatha Christie atau sherlock holmes, filem ini mudah dan membuatkan kita berfikir mungkin ada 'hidden messages' yg hendak disampaikan oleh karyawan filem. Babak ending itu mungkin boleh memberikan sedikit petua sebenarnya filem ini bukanlah nak memfokuskan tentang kes pembunuhan namun ianya berkaitan tentang trauma zaman silam seseorang yg mempengaruhi tindak tanduk kita sehingga dewasa. Perkara ini juga banyak diulang dalam komik kindaichi atau conan dimana setiap pembunuh atau orang jahat itu bukanlah jahat secara semulajadi namun oleh kerana pengalaman lepas atau dendam terhadap seseorang menyebabkan mereka bertindak seperti begitu. Genre misteri kini memang sukar kerana hampir setiap cerita adalah sama dan susah untuk membuat inovasi (sesiapa yang membaca komik kindaichi dan conan tahu masalah ini, setiap kes tak sehebat sewaktu zaman awal2 dulu). Malah ini juga kritikan yang dilemparkan ke atas watak utama (bront palarae) di mana sbg penulis misteri dia terpaksa melawat 'murder scene' untuk mencari idea baru disebabkan ceritanya mudah dijangka.
Dari sudut lakonan, watak Man adalah yang paling menyerlah sekali walaupun kita boleh menjangka nasib watak ini. Filem ini memang punya pelakon yg sedikit, ada yang kata nak jimat kos tapi genre sebegini memang kebiasaanya wataknya sedikit dan kadang2 makin berkurang sekiranya seorang2 demi seorang dibunuh. Babak di resort hanya sorang yg dibunuh jadi tidaklah mengikut peraturan filem misteri sangat. Muzik latar belakang pun hampir menyamai muzik drama live action kindaichi dalam sesetengah babak. mungkin mereka juga peminat kindaichi?
Filem ini boleh diperbaiki, malah mungkin akan ada sekuel di mana watak utama akan menyiasat tentang pembunuh lain dan tempat lain pula yang akan menjadi teater pembunuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment